Monday, March 21, 2011

Azraai ganti Wan Jamak


Bekas jurulatih Kedah dan Harimau Muda A Azraai Khor Abdullah telah dilantik sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan.

KUALA LUMPUR, (D5) - Bekas pengendali Kedah dan Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah telah dilantik oleh pihak pengurusan Negeri Sembilan bagi mengambil-alih tugas Wan Jamak Wan Hassan, yang telah meletakkan jawatan minggu lepas.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Abd Halim Abd Latif yang juga pengurus pasukan mengesahkan Azraai telah diberi kontrak selama dua tahun dan akan memiliki kuasa penuh untuk membentuk pasukan dan mengembalikan maruah pasukan tersebut.

"Beliau (Azraai) dipilih berdasarkan rekod beliau selama ini. Kami tidak boleh menunggu lama untuk mencari pengganti kerana pusingan kedua Liga Super akan bermula bulan depan," menurut Abd Halim.

Sementara itu Azraai Khor berkata tugas pertama beliau ialah untuk mengenali semua para pemain dan pegawai pasukan.

"Pasukan Negeri Sembilan merupakan gabungan pemain-pemain senior dan muda yang memliki pengalaman dan bakat. Saya yakin mereka boleh pergi lebih jauh dengan bimbingan yang sewajarnya," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment